Posted on

Berkenaan Produk Edaran Kami


Latarbelakang

  • Kami adalah wakil jual sah poduk yang dikeluarkan oleh Darulaman Manufacturing Sdn. Bhd, sebuah syarikat milik penuh Bumiputera Islam.
  • Produk yang kami edarkan dihasilkan berdasarkan formulasi Homeopati, Biokimia & Herbalisme
  • Produk-produk ini Dr Azizan Ismail (Allahyarham) dan kini telah berusia lebih 40 tahun di pasaran.
  • Antara produk popular beliau termasuklah SALINDAH, EXAMO, SUSU BIO-LAC & SUSU GASTRO-LAC

Pengasas Produk
Sumber Rujukan: dmsb.my

Posted on

Mengapa perlu makanan tambahan Examo walaupun makanan harian kita berkhasiat?

Persoalan yang sering bermain di minda pengguna:

“Mengapa perlu makanan tambahan Examo walaupun makanan harian kita berkhasiat?”

Jawapan ringkas:

Umum mengetahui kismis baik untuk minda, tetapi ia manis dan tidak baik untuk penghidap kencing manis. Kekacang seperti badam juga baik untuk minda tetapi ada orang takut untuk makan kerana jerawat. Tambahan pula ia perlu melalui proses penghadaman di dalam perut dan sukar untuk sampai ke otak. Penyelesaiannya dari kajian Allahyarham Dr. Azizan Ismail, EXAMO adalah pilihan terbaik; tidak perlu dihadam (ditelan masuk perut) tetapi dikemam saja pada lidah (hisap macam makan gula-gula). Khasiat EXAMO mampu diserap terus masuk ke saluran darah melalui lidah dan sampai ke otak.

Set Kombo Examo-CKM500 terdiri dari kombinasi 3 produk untuk kesimbangan kemahiran otak sebelah kiri & kanan:

1. EXAMO-CKM500 (450 Tablet, kotak Biru)

Berkesan untuk meningkatkan daya minat untuk belajar, menguatkan daya ingatan serta daya tumpuan ketika belajar. Pengambilanannya disarankan pada setiap hari.

2. EXAMO-CKM500 PLUS (28 Tablet, kotak Hijau)

Berperanan sebagai Booster untuk menguat & mempercepatkan tindakbalas Examo-CKM500. Pengambilanannya disarankan seminggu sekali.

3. MATSA (30 Tablet)

Diformulasikan untuk membantu mereka yang lemah dalam pelajaran Matematik dan Sains.

 

 

Posted on

Mengapa ibu hamil perlukan Salindah?

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai Salindah.

Hasil kajian yang begitu lama, Salindah mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. Salindah merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. Salindah Set Lengkap seawal disahkan hamil hingga habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin.

Bagi ibu yang mengambil Salindah Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatanĀ  menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang tidak mendatangkan kesan sampingan atau keracunan.